PMP Certifications Preparation

Thursday, November 24, 2011

TIP MERAWAT HATI DUKA

Hari ini saya nak berkongsi Tip Merawat Hati Yang Duka. Dalam hidup kita ini tidak semua yang kita mahu itu kita dapat dan tidak pula apa yang kita dapat itu yang kita mahu. Ada ketikanya pula kita buat baik tapi orang lain pula sakitkan hati kita. Berikut adalah 7 Tip Merawat Hati Duka. 1) Apabila memberi tidak perlu mengharapkan apa-apa. 2) Yakinlah kebaikan kita Allah nampak dan pasti dibalas Nya 3) Usah terlalu fikirkan isu itu, fokus pada perkara yang membuatkan kita gembira. 4) Dalam kita berduka, masih banyak sebab untuk kita merasa bahagia. 5) Baca al-quran dan berzikir. 6) Mengadulah pada Allah bukan pada manusia. 7) Duka atau suka adalah pilihan kita, orang lain tidak boleh membuat kita berduka kecuali kita mengizinkannya. Fikir-fikirkan dan semoga semua gembira hari ini. Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad